Thursday, 13 April 2017
Dewasa.
Dewasa itu mengajar kita erti hidup.
dalam mengenal ragam manusia.
dalam mengenal erti dunia.
Dewasa itu juga mengajar kita erti tanggungjawab.
setiap apa yang kita lakukan, kita sendiri yang patut menanggungnya.
tak perlu diharap manusia lain untuk sama sama bertanggungjawab.
Waktu dewasa,
kau patut sedar.
setiap apa yang kau lakukan.
ada buruk baiknya.
Memang.
Jika diberi pilihan, kau mahu kekal menjadi anak kecil.
tapi, sampai bila?
tak malukah kau masih mengharapkan orang lain untuk tunjukkan jalan?
ya, aku tahu keputusan kita tak semestinya betul
mungkin banyak yang salah.
Tapi, kau harus sedar. Dewasa adalah waktu dimana kita sepatutnya lebih matang untuk membuat keputusan.
Tak siapa pon yang tak pernah jatuh. Tapi kau harus sentiasa belajar untuk bangun apabila kau tersilap langkah.
Tak siapa pon yang tak pernah melakukan kesilapan.
Tapi yang pasti, kau perlu tahu, setiap keputusan yang kau lakukan,
adalah tanggungjawab kau.
untuk kau hadapi baik buruk akibatnya.
Labels:
one word
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment