TOPENG







Aku bukan gadis baik baik. Bukan juga si durjana yang menghitamkan jiwa di atas dunia. Aku manusia, yang bertopengkan dua karakter. Satu, yang aku sentiasa perlihatkan pada dunia. Dan satu, yang tak mungkin aku tonjolkan pada semua.


Hipokrit?


Mungkin.


Salah?


Kau rasa?


Manusia. Siapa aja yang rela tonjolkan setan yang bertakhta di jiwa di depan manusia lain. Aku tak rasa engkau sanggup. Mungkin benar aku bagaikan malaikat di mata dunia, tapi jujur aku katakan, walaupun sekali, tidak mungkin tidak kau tidak pernah tumpahkan walau setitik pon dosa di atas dunia.


Usah pertikai wahai manusia.


Kita sama.


Mahu disanjung, mahu diteman walau dimana kaki berada. Tapi, kadang kau juga punya rasa,


“Aku mahu bebas. Ini bukan aku yang sebenar."


Tapi, masih. Tak mungkin kau sanggup tanggalkan topeng yang setelah sekian lama kau tonjolkan pada semua.


Hakikatnya, kau takkan mampu.


Kau takut.


Dengan adanya hukuman yang diletakkan sendiri di tangan manusia manusia, pandangan yang mungkin hina, yang mungkin juga membuatkan kau tidak mampu mendongak memandang dunia, kau tidak akan mungkin sanggup.


Menanggalkan topeng di muka.











No comments:

Post a Comment