Monday, 22 May 2017
#Hikayat 8
Dia tak pernah bercinta.
Dia tak bercinta sebab bagi dia, cinta tu bukan senang untuk kau bagi entah pada siapa siapa..
Pernah,
Dia katakan, yang dia hanya akan bercinta dengan seseorang yang dia memang pasti akan menjadi bakal zaujnya. Bakal imamnya. Bakal ayah kepada anak anaknya.
Dan manusia, kau tahu. Tak pernah berpegang pada kata katanya.
Rapuhnya hati seorang manusia apabila terlalu mendambakan rasa cinta daripada manusia yang lain.
Rapuhnya hati seorang manusia apabila meletakkan pengharapan pada sesuatu yang belum pasti.
dan dia, insan itu.
insan yang terlalu rapuh hatinya.
menolak pada yang ingin memiliki.
mengejar pada sesuatu yang belum pasti.
Dan kini, dia tahu dia telah melangkah jauh.
Terlalu menyayangi hingga tidak tahu sejauh mana dia perlu pergi.
Tuhan, kalau benar lelaki itu jodohku, dekatkan lah.
Kalau lelaki itu bukan jodohku, kau hapuskan lah segala rasa.
Dan biar, dia menanggung setiap apa yang terjadi tanpa diletakkan kesalahan itu pada manusia yang lain.
Kerana, yang memilih lelaki itu,
adalah dia.
walaupun lelaki itu mungkin tidak memilih dia.
Labels:
hikayat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment