Saturday, 18 March 2017

Kembali.









"Aku nak kembali." Fana berkata dengan riak muka yang tampak kosong.

Bilik itu tidak berpenghuni.

Kosong.


"Kau mahu kembali? Kau pasti?" satu suara tiba tiba kedengaran.


"Siapa kau?"  Mata Fana melilau mencari pemilik suara itu.


"Aku? Aku yang sentiasa menghasut kau yang bernama manusia. Menghasut kau berkali kali supaya kau mengikut langkah aku. Alangkah bodohnya kau yang bernama manusia." balas suara itu.


"Aku penatttt!! Aku tahu aku salah. Aku dah jauh melangkah tinggalkan diri aku yang dulu. Aku mahu kembali." Sambil teresak esak Fana membalas.


"Apa kau fikir semudah itu kau mahu kembali? Kau lupa setiap dosa yang kau kutip setiap kali termakan dengan hasutan aku? Hahahahahhahaa. Bodoh." sindir suara itu.


"Aku.. Aku.. Arghhhh! Sakitttttttttt!!! Panasss!! Aku menyesal. Tolongggg. Tolong akuuu.. Kenapa panass sangat ni. ADUHHHH, SAKITTTT!" Fana menjerit. Bilik yang mempunyai penghawa dingin itu seolah olah tidak memberi kesan kepada Fana.


"Itulah, bodoh. Kau tahu kau manusia bodoh. Kau kejar nikmat dunia. Kau lupa yang dunia ini cuma sementara. Kau tempah untuk berjalan bersama aku. HAHAHAHAHHAHAHAHAHA, PADAN MUKA KAU! HAHAHHAHAHAHA. " ulang suara itu berkali kali.


"Diammmmmm!! Aku menyesal! Aku berjanji aku akan kembali. Biar payah. Biar susah. Biar penat aku melangkah. Aku akan kembali. Kembali pada Dia. Aku tahu ada ruang untuk aku kembali. KAU BERAMBUSS! KELUAR DARI KEPALA AKU! PERGII!" kedua dua tangannya menutup kedua belah telinga seolah olah mampu mengusir suara itu. Fana tekad. Dia mahu kembali.


"Baiklah. Aku akan pergi. Tapi ingatlah wahai cucu cicit adam, selagi ada manusia bernafas di bumi ini. Aku akan sentiasa ada. Untuk menghasut kamu semua. Selagi agama kamu masih goyah." dan suara itu akhirnya diam.




-end of epilog KEMBALI-


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

nota kaki seorang aku.




Seperti aku.

Kamu. Kamu. dan Kamu.

Cuba untuk kembali.

Biar payah. Biar susah. Biar lelah.


Manusia itu selemah lemah makhluk. Mempunyai akal untuk berfikir. Tapi lemah. Mudah hanyut. Mudah terhasut. Jangan disalahkan manusia yang lain. Kau sendiri mampu mengawal diri. Kau yang memilih. Dan aku sentiasa memilih nikmatnya dunia.

Jujur, aku manusia yang lemah. Seperti lalang. Hari ini mungkin tekad untuk berubah. Dan esok, mungkin tekadku akan rebah. Dan aku tak pernah salahkan manusia lain. Aku yang memilih. 




Nikmatnya dunia.









Moga kita mampu untuk kembali.

Kembali pada-Nya.







No comments:

Post a Comment