Tuesday, 14 February 2012

Mati itu Pasti. Hidup, InsyaAllah (;





Assalamualaikum.

Hai peeps ;)




-Mati itu PASTI, hidup InsyaAllah-


    Bicara tentang Mati, semua yang hidup pasti mati. Manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan, malah bumi ini juga pasti akan mati. The way we think about death might be different, ada orang kata mati itu menyakitkan, dan ada ada orang kata, insyaAllah, dengan kehendak-Nya kita pasti akan mati dengan tenang.

Hidup dan mati itu mempunyai perkaitan yang cukup mendalam. Bagi aku, hidup dan mati ini umpama dedaunan. Daun yang teguh berpaut pada dahan ketika menongkah angin, dan layu pada tiba masanya. Iman kita pula umpama kapas. Tersangatlah nipis. Mudah terkoyak dek iman yang rapuh di dada. Sebab itu aku takut mati. Iman aku masih tak cukup. Aku terlalu goyah dalam menongkah arus kehidupan. Aku sering lalai menjalankan kewajipan aku sebagai musafir di muka bumi ini.

Aku sering menangis, TETAPI aku sering menangis kerana rapuhnya hati aku terhadap seorang manusia. Ya Allah.. Teruk betul aku kan? Sepatutnya aku menangis kerana terlalu mencintai-Nya, tetapi aku menangis kerana cinta aku terhadap seorang manusia. Aku hamba Allah yang khilaf. Ampuni diriku ya Allah.

Sejak aku menyepikan diri dari dunia luar, aku kerap kali berfikir tentang hidup dan mati. Ya, seorang hamba Allah selalu mengingatkan aku tentang mati. Mati itu bakal membawa kepada kehilangan. Dan kehilangan itu membawa kepada tangisan. Ah! Manusia sering menangis. Aneh kan? Kita tahu yang setiap yang hidup itu pasti mati. Tetapi kenapa kita still menangis? Tears are words the heart can't say.

" Bekunya air mata dari kerasnya hati
Kerasnya hati dari banyaknya dosa
Banyaknya dosa dari lupanya mati
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia "


Ya Allah, kekalkanlah nawaituku dalam mengharungi kehidupan ini, jauhkanlah aku daripada mendekati apa jua larangan-Mu, andai hati ini basah dengan kerinduan pada seorang manusia bergelar lelaki melebihi kerinduanku pada-Mu, Kau jauhikanlah insan itu dari bertamu di hatiku. Andai lelaki itu sudah termaktub sebagai jodohku yang telah tercatat di luh mahfuz, Kau pertemukanlah kami kembali setelah Engkau yakin bahawa aku sudah bersedia dalam menempuh kehidupan baru. Diri ini enggan mencintai lelaki ajnabi. Hati dan diri ini hanya pada bakal suamiku. InsyaAllah. Aku ingin menjadi zaujah yang tidak pernah tercemar dengan noda-noda kemaksiatan dunia. Dan andai mati itu muncul terlebih dahulu, kau tempatkanlah aku di kalangan wanita-wanita yang solehah. Aku hanya insan yang lemah, aku tidak mampu untuk menjadi wanita teragung yang dipandang tinggi, tetapi insyaAllah, aku yang wujud pada hari ini, akan menjadi lebih baik di masa akan datang.Aminn..



" Life is too short to wake up with regrets.
Love the people who treat you right & forget the ones who don't !
Believe that everything happens for a reason.
If you get a chance - take it
If it changes your life - let it
Nobody said life would be easy
they just promised
it would be worth it "




P/s : we will never noe when we will die !


Thursday, 2 February 2012

Aku bukan 'BONEKA' !




Assalamualaikum.

Ai peeps :)




Tajuk hari ni tader la berat sangat.


- AKU BUKAN 'BONEKA' -

    Apa yang aku maksudkan dengan ' aku bukan boneka'? For sure aku manusia, bukan boneka rite? Aku suka perhatikan gelagat manusia disekeliling aku, aku belajar mengenai kehidupan. Daripada itu, aku selalu mentafsir sikap-sikap si polan yang hidup di muka bumi ni. Kisah aku bukan boneka ni aku hurai daripada apa yang aku lihat, daripada apa yang aku tafsirkan.

Life is too short. Enjoy it while it is yours.


    Boneka.

    Kenapa mesti boneka?

    Ini kisah dia. Dia yang menjadi boneka di dunia ini. Luahan hati si polan yang penat menjalani liku-liku dalam hidupnya.



    "Aku hidup hanya untuk menurut apa sahaja permintaan orang. Hidup aku umpama boneka. Skripnya sudah diatur, pentasnya sudah disediakan. Aku hanyalah pelakon di atas pentas yang penuh dengan kepura-puraan."



Terselit di sudut kecil hati si polan, Aku bukan anak patung, aku juga manusia. Sama seperti kalian. Aku hanya mahukan hidup aku tidak dibayangi orang lain. Aku tidak mampu untuk menjaga orang lain. Aku masih anak kecil yang baru belajar untuk bertatih. Aku belum puas untuk menyelongkar kehidupan ini. MENGAPA AKU HARUS MENJADI BONEKA? Boneka yang perlu setia mendampingi si polan yang juga seangkatan umurnya dengan aku? Boneka yang setia pada pemiliknya. Akur pada arahan tanpa diberi secebis kasihan. Tidak mampu berkata tidak pada setiap permintaan. Bimbang dikatakan tidak mengenang pada budi yang ditaburkan. Bimbang dikatakan sombong hingga mendongak langit.

Diri si boneka amat penat.

Bingung.

Masih ada lagi cerita di sebalik si boneka.

Kenapa dirinya tidak mampu membuat keputusan sendiri di dalam hidupnya? Si polan berbisik, aku memang anak kecil, sewajarnya aku menurut nasihat orang yang lebih luas pengalamannya. Tetapi, apakah salahnya jika aku cuba untuk membuat keputusanku sendiri? Sampai bila aku perlu menjadi 'anak kecil'? Aku juga ingin hidup. Alhamdulillah, aku tidak pernah lagi melanggar larangan-NYA. Dan aku tahu, mereka tahu yang aku tidak mungkin mendekati apa yang dilarang-NYA. Tetapi, kenapa aku tidak pernah diberi peluang untuk terus meneroka? YA, mungkin mereka takut aku terjerumus ke dalam kehidupan yang gelap gelita, melalui lorong-lorong yang menuju ke arah kehancuran. Tetapi, sampai bila? Aku tidak mungkin berada di sini selama-lamanya. Lambat laun, sayapku akan terbang melintas awan. Dan ketika itu, mampukah aku menjalani kehidupan yang belum pernah diteroka?




Hidup si boneka.

Sering tertanya-tanya. Apakah nilai dirinya di mata dunia.

Terdengar rayuan hati si polan. Aku tak minta untuk diangkat setinggi langit. Aku tak minta untuk dihormati dan dipandang tinggi. Aku tidak gagah untuk menjadi pelindung sesiapapun. Aku anak kecil. Anak kecil yang ingin mengenal dunia. Anak kecil yang ingin jatuh bangunnya sendiri. Agar dirinya tahu apakah nilainya sebuah kehidupan. Anak kecil yang inginkan secebis perhatian, sebagai insan yang betul-betul dihargai kewujudannya disisi. Bukan anak kecil yang diberi perhatian semata-mata untuk menuntut sebuah pengorbanan. Si polan mencari secebis keikhlasan.

Keikhlasan yang menuntutnya untuk mencari sehingga ke penghujung dunia. Meskipun dia tahu, dunia tidak pernah ada penghujungnya.




P/s : Actually aku nak tulis benda lain. Tapi benda lain pulak yang tertulis. Tajuk yang sama, isi yang berlainan. Entry kali ni, i dunno wat to say. Datang tanpa diundang. Sekian.


Monday, 16 January 2012

Couple tu ""TREND"





Assalamualaikum.

Ai peeps.

Lambat ta lambat, cepat ta cepat, aku nak post jugak entry ny.

Walaupon entry aku kali ni, isi dye da macam "ketupat basi"

Tapi,

as usual

Ada aku kesah?

My Blog, My Idea, My right to post haperpon. Ngeh3..

Enough merepek merapu. Carott kau Cik Nurul.

       Back to the story mory. Couple itu "TREND". Sapa setuju sila angkat kaki. (walaupon aku tak nampak). Aku bukanlah dikalangan diorang yang "couple" tu, tapi, aku tengok, sekarang ni, semua orang terkejar-kejar nak cari bf/gf. Bagi diorang ni, tak logik bagi seseorang tu, hidup tanpa gf/bf. Macam kes aku la. Sekali aku terkena da..

Whats-her-name > " Eh, mesej sape tu? Dari tadi duk mesej je. Mesej pakwe ek? hehehe."

Budak senget (aku le ni -_-") > "Mesej? Tader la. Mane de pakwe. Ni mesej ngan ank jiran sebelah rumah ni. Dye nk tompang letak itik dye lam reban ayam aku."

Whats-her-name > "Tipu la. xkan la ko tader pakwe. Ta logik langsung. Kawan lelaki ko bukan men ramai. xkan tader pakwe kot. Tak logik lau orang tader pakwe sekarang ni."

        Ok. Enough. Dialog di atas da di edit serba sedikit bagi tidak menampakkan aku mesej dengan makhluk Allah yang mana. Ehem2.. Yang pasti bukan "boyfriend" oke !

      Aku cuma nak menampakkan, rata-rata remaja sekarang anggap couple itu trend. Aku pon remaja. Bukan anak dara tua. Baru 19 tahun 2 bulan. Tapi aku tak minat tuk bercouple walaupon tu satu trend. Salah satu sebab aku tak couple adalah sebab aku setuju ngan kenyataan couple itu haram !

       Masalah kat sini, sekarang ni. Ramai pulak akan tanya. Kenapa couple itu haram? 

        Banyak yang menyebabkan couple itu haram. Antara dalil yang kuat menentang hubungan couple terdapat dalam Surah Al-Israa' (17) ayat 32 :

" Dan janganlah kamu mendekati zina; 
sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Manakala daripada Abu Hurairah r.a pula katanya, Rasulullah S.A.W. bersabda :

" Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."


Apa yang mengharamkan hubungan couple?

Bagi pendapat aku la. Budak separa matang yang suke bebenor buat opinion sendiri. (tapi aku buat research jugak oke! ) Antara perkara yang mengundang kepada haramnya couple ialah :

***

1. Niat Bercouple

- Kalau niat bercouple tu cuma nak suka-suka. Nak show-off. "Eh, aku ada pakwe, kau ada? ". Atau bercouple just untuk mengisi masa lapang, nak teman p shopping, clubbing (clubbing tak dibenarkan oke!), dating or wat-so-eve yang diorang selalu buat tu, tak boleh. Sebab niat tak pernah menghalalkan cara. Seperti yang aku pot pet pot pet kat entry slom ny bawah tajuk "Nikah khitbah" . Niat tu kena la baik seperti  bertujuan untuk berkahwin.

2. Berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan. Melampaui syariat agama.

- Siapa yang couple kat sini mengaku yang sepanjang dia couple, tak pernah sekalipon dye dating berdua je dengan gf/bf dye. Rasa-rasanya mesti tader kan? Lau ada tu, maaf la. kesilapan teknikal, harap dikesali. Tapi, rasanya, yang tak couple pon penah dating kan? Dating kat sini bermaksud berjumpa di antara seorang lelaki dan perempuan tak kira sebagai kawan atau haperpon. Contoh terdekat, aku la. Aku ramai sangat member lelaki, n pegi makan time perot meraung tu memang pernah. (Mesti korang cakap, ceramah orang bukan main, aku pon tak betol jugak.) Ehem, aku bukan ceramah. Aku setuju yang aku pon taderla betul sangat. Cume, macam aku cakap, aku cuma berkongsi pendapat. Kalau la aku yang tak couple pon pernah makan ngan dak laki "dua orang sahaja", apatah lagi yang couple. rite? Tu baru mukadimah pasal berdua-duaan di antara lelaki ngan perempuan. Belom lagi masuk bab melampaui syariat agama. Yang ni awal-awal aku cakap. Aku tak join group ni. Ngee..


Apa yang aku maksudkan tentang melampaui syariat agama ni? Maksud aku kat sini ialah golongan yang suke bebenor kalau bf diorang usung diorang ke sana ke sini. ( agak kasar ayat 'usung' tu, maaf ). Awak, saya nak tanya sikit, "Awak tak malu ke orang tengok awak pelok anak teruna orang atas motor cenggitu?Awak yakin ke orang yang awak pelok tu akan jadi husband awak nanti? Awak tak takot ke bakal husband awak taw yang awak pernah pelok anak teruna orang cenggitu? And paling penting sekali, awak tak kesian ke kat mak ayah awak? Awak dah macam menconteng arang kat muka diorang taw x?". Oke. Mesti korang cakap, tak semua orang yang mem'bonceng' tu jahat. Kan? Tapi, entah la, pikiran aku ni agak negatif kot tuk terima yang mem'bonceng' tu perkara biasa. conservative la katakan. My bad. Satu lagi. Holding hand together-gether. Aishh.. Aku pon jenis tak baik jugak. Tapi, Alhamdulillah setakat ni aku ta pegang lagi tangan  anak teruna sesape. Paling jahat pon, aku tumbuk bahu orang. Perghh.. Sodap.. So, aku dikira jahat jugak. My bad. Again.


3. Menjatuhkan maruah ( peribadi ) seorang wanita.

- Okay, bila dah diusung ke sana ke sini (sekali lagi aku mintak maaf sebab guna perkataan 'usung'), ape kata masyarakat setempat? Dah la berkepit je 25 hours, panggil Cayang and Abang lak tu. Mesti korang bajet, aku tangkap jeles kan? Aku 'geli' la. Aku dah pernah cuba-cuba bercouple time form3. Bertahan cuma 4 jam. Hahaks. Disebabkan mamat sengal tu jenis king control, and paling tak boleh blah, dia suruh panggil dia papa, and aku mama. Yeuww.. Geli geliman aku. Oke, aku memang kuno. Dari abad mana ntah aku tersesat. Tapi, aku memang tak boleh terima fenomena ni. Hohho. Back to d story mory. Orang yang terdengar mesti akan anggap, si perempuan dah dimiliki. Rite? Camna kalau pasangan tadi tu putus? Mesti masyarakat buat pandangan negatif kat si perempuan kan? Disebabkan tu la jugak couple atau hubungan yang melampaui batas diharamkan.



***
Hurm, disebabkan aku suke no 3, aku stop sampai situ je la. Nanti ada plak yang back-hand aku bila aku ceramah panjang lebar kat sini.


Nasihat aku yang terakhir. Aku tak ingat katna aku jumpa ayat ni.



-Allah still love you even you single or double-
InsyaAllah.

" Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam,
Bukan di kepala untuk dijadikan atasannya,
Bukan di kaki untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.
Dekat pada lengan untuk dilindungi & dekat di hati untuk dicintai. "



P/s : Aku mintak maaf kalau ada yang terasa, terkecik, ter'haper' pon hati kat aku. Yang baik itu datang daripadanya, dan yang buruk itu kelemahan saya sendiri. Leave your comment if rasa ada yang ta betul ngan pendapat kat atas tu. Saya sedia terima pandangan orang lain. =]

Babai chingu.






Sunday, 1 January 2012

ignorance is bliss







"If you do not know about something, you do not worry about it."




I choose to keep writing. To keep reading. To keep knowing. To keep telling.

I choose knowing the truths, the facts that are better than knowing nothing.



I choose,
to let people know.