Sunday, 19 October 2014

men carrot -.- kau pon penah kan?




Assalamualaikum and good evening handsome and beautiful ladies and gentleman.

Lama tak menaip dekat blog kesayangan gua yang mungkin da bersawang penuh habuh neh. Achooomm~ *bersin* neway, mind my language. Like usual, kadang kadang kesopanan dan kesusilaan aku tu memang kurang. Hiks.

Okay, entry minggu ni pendek je. It's about men'carrot'.

Apa itu mencarrot?

Carrot itu dalam bahasa melayu dia mencarut. Okay aku tipu lagi. Maksud carrot tu dah tentu tentu la lobak kan?

Tapi dalam kamus hidup aku yang penuh dengan wayar berselirat dan ada wayar yang dah putus mungkin, carrot tu maksud dia carut. Dan aku memang suka mencarrot. Agak berbelit ayat aku disitu kan? Sila abaikan lagi.

Sebenar benarnya, dengan penuh kesedaran yang memang pernah lahir jauh disudut celah celah hati aku, memang aku tahu, mencarrot itu sangatlah tidak sopan, tidak elok, tidak sedap didengar dan sebagainya. Dan mencarrot itu lagi tak best bilamana kita seorang perempuan. Tapi fitrahnya, sebagai manusia, yang tak elok tu la kita nak buat. Ye dak? Dan mungkin bila kita tahu mencarrot tu bunyinya agak tidak sopan, maka kita menukarnya untuk menjadi lebih sopan. Seperti,

Fu*k menjadi Fish.

Shit menjadi kertas. (Sheet)

Tengkorang hang menjadi skeleton la hg ni

Vavi menjadi baby


Okay, mungkin bunyi dia nampak takda la teruk sangat macam kita mencarrot dalam bahasa melayu yang habis semua benda secret and confidential milik perempuan and lelaki disebut kan? Aku lebih pilih untuk mencarrot dalam bahasa penjajah yang aku kira boleh la dimaafkan even though maksud dia sebenarnya macam sampah.

Dan mungkin juga bagi aku mencarrot dalam bahasa omputih tu bunyinya lagi nice kononnya sebab benda tu biasa disebut oleh orang kulit puth. Tapi, ye la ka, dah terang terang kita tahu mencarrot tu tak elok. Kenapa tak sebut Astaghfirullahalazim ke, LailahaillAllah ke. Kan?

Macam aku cakap awal awal tadi, benda tak elok tu a kita suka ikut. Kan?

*deep

So, korang pulak macam mana? Biasa mencarrot dalam bahasa melayu ke, bahasa omputih ke or tak mencarrot langsung?

Tepuk dada tanya hati.

Kalau boleh kurang kurangkanlah mencarrot tu.

*okay terasa dengan ayat sendiri. Haha

Okay, tu je entry untuk kali ini sambil tunggu bas aku nak ke terengganu yang sepatutnya pukul 3.00PM tapi ditangguhkan ke pukul 6.30PM. The fish~ *see. I love to curse -.- Tapi nasib baik abang kaunter tu tau aku macam nak marah bila aku tanya alasan bas ditangguhkan tanpa sebab. Dan dia tukarkan tiket aku ke pukul 4.00PM. Now, I'm ready to go. Bye Adios. sampai ketemu lagi. Heeee :)

Sebelum tu, nah aku belanja satu video. bye :D